| Ruzaimah dan Razif terlibat dalam satu pertengkaran
besar apabila Ruzaimah terlihat Razif bersama-sama dengan
seorang gadis lain. Semasa Razif cuba mengejar Ruzaimah
yang sedang berlari menyeberangi jalan, sebuah van telah
melanggarnya. |
|
| Ruzaimah kini lumpuh dan menyalahkan Razif di atas
kejadian itu. Bersam-sama dengan seorang sahabatnya, Razif
yang terlibat dalam industri hiburan membuka sebuah studio
rakaman. Beliau meminta pertolongan pakciknya yang juga
ayah Ruzaimah, untuk membantu mengeluarkan modal menjalankan
perniagaan studio tersebut. Razif menggunakan nyanyian
sebagai umpan menarik gadis-gadis tidur dengannya. Beliau
juga menyalahgunakan undang-undang hakcipta dengan menggunakan
pusi sebagai lirik lagu seorang penyanyi wanitanya. |
|
| Ruzaimah pula mengunci dirinya di dalam bilik dan
jarang bercakap dengan sesiapa pun kecuali pembantu rumahnya,
Mak Leha. Beliau memenuhi masa lapangnya dengan mengumpul
lirik-lirik puisi yang indah. Mak Leha pula, menyarankan
sahabatnya Mak Jah untuk memberikan rawatan tradisional
bagi merawat Ruzaimah. Usaha Ibubapa Ruzaimah menghantar
anak mereka ke London bagi menjalani rawatan di sana tidak
berhasil. |
|
| Setelah itu, kedua ibubapanya bersetuju dengan cadangan
Mak Leha mendapatkan rawaatan tradisional dan di bawah
pengawasan Mak Jah, Ruzaimah mula menunjukkan perkembangan
yang baik. Anak Mak Jah, Razman mengusahakan penternakan
ayam secara komersial walaupun beliau mempunyai ijazah.
Kunjungan Razman untuk melawat ibunya di rumah Ruzaimah
menyenangkan perasaan Ruzaimah. Ruzaimah pula mengikut
Mak Jah pulang ke kampung setelah mendapat izin daripada
kedua ibubapanya. Di sana beliau mula menjalinkan persahabatan
dengan Razman. Secara diam-diam, Ruzaimah mula menyintai
Razman kerana budi bahasa dan pembawaannya. |
| |
| Ruzaimah menjadi semakin tenat selepas satu kecederaan.
Sebelum menutup mata, permintaan terakhirnya ialah ingin
bertemu dengan Razman dan penulis yang menulis puisi yang
indah itu. |
| |