The Synopsis
     
 
After dating and jilting so many women, a Casanova finally changes his ways and starts living a happily married life but it is short-lived. Secretly suffering from a fatal illness, his wife finally leaves him in bereavement. Will he revert to his old ways or keep his promise to change?
 
   
The Storyline
     
 
Zamri is a notoriously famous Casanova in town. His daughter, Fariza (Iza) is from his previous marriage and they live together with his third wife, Saniah. He does not stop seeing other women, including Nora and Alicia. Saniah finally asks for divorce.
 
Zamri's life starts falling apart until the point of failing to fetch Iza from school. One one occasion, Iza is brought back to the home of a woman called Hasnah, whose daughter, Hafidah is Iza's classmate. When Zamri fetches Iza at Hasnah's house the love cupid strikes him the first moment of looking at Hasnah's younger sister, Hasniah but he maintains his composure.
 
Zamri carries on dating other women including Alicia who is seriously thinking about embracing Islam. However, a romantic evening at port Dickson is spoilt by the fact that Alicia has another man in her life. Zamri starts on a serious search for an ideal wife when his mentor, Abang Mus and Iza starts complaining. The search leads to a budding relationship with Hasniah that slowly blooms into love and matrimony.
 
Zamri seems to keep his pledge to Abang Mus about changing his ways and being a good husband. He starts getting back his life again. At first, their marriage is disturbed by Nora but to no avail. Then he accepts the fact that Hasniah cannot conceive a baby. When cheated by a friend whom he acted as a guarantor for a bank loan of RM40000.00 he is overwhelmingly rescued by two of his closest people in his life. Hasniah offers her saving of RM30000.00 and Abang Mus does the rest.
 
Zamri's marriage bliss seems to be short-lived when Hasniah is admitted to the hospital for a terminal illness.
 
 
 


   
Sinopsis Drama
     
 
Setelah berkasih dan mengecewakan banyak wanita, seorang kasanova akhirnya mengubah cara hidupnya dan memulakan hidup berumahtangga yang bahagia namun tidak kekal lama. Sekian lama menanggung penderitaan kesakitan yang membawa maut, isterinya meninggal dunia. Adakah beliau akan kembali ke cara hidup lama atau memegang janji untuk tidak berubah?
 
   
Jalan Cerita
     
 
Zamri adalah seorang kasanova yang terkenal jahatnya. Fariza (Iza) anak perempuannya hasil daripada perkahwinannya yang lalu, tinggal bersama Saniah, isteri ketiganya. Oleh kerana tidak tahan dengan sikapnya yang masih menemui teman-teman wanitanya Nora dan Alicia, Saniah meminta diceraikan.
Kehidupan Zamri mulai tidak terurus sehinggakan beliau gagal mengambil Iza pulang dari sekolah. Sehinggakan pada satu ketika, Iza dibawa pulang oleh Hasnah iaitu ibu rakan sekelasnya Hafidah. Semasa menjemput Iza dari rumah Hasnah, Zamri terpandang akan adik Hasnah, Hasniah, lalu timbullah bibit-bibit cinta dihatinya. Namun, beliau hanya membiarkan saja perasaannya itu.
Zamri meneruskan hubungannya dengan wanita-wanita lain termasuklah Alicia yang begitu serius memikirkan kemungkinan memeluk Islam. Namun, suasana petang yang romantis tergugat apabila Zamri mengetahui bahawa Alicia mempunyai lelaki lain di dalam hidupnya. Zamri nekad, mencari seorang isteri yang ideal setelah mentornya, Abang Mus dan Iza mula bersungut. Pencarian membawa kepada hubungan yang akrab dengan Hasniah yang membawa kepada percintaan dan ikatan perkahwinan.
Zamri bersungguh-sungguh cuba menepati janjinya kepada Abang Mus untuk mengubah cara hidupnya dan menjadi suami yang baik. Beliau kembali membina hidup baru sehinggalah perkahwinan mereka digugat oleh Nora numun, ia dapat di kawal. Kemudian, beliau menerima hakikat bahawa Hasniah tidak dapat mengandungkan anaknya. Setelah ditipu oleh rakannya di mana beliau menjadi penjamin untuk satu pinjaman bank sebanyak RM40000.00, beliau diselamatkan oleh 2 orang yang paling rapat dalam hidupnya. Saniah menawarkan wang simpanannya sebanyak RM30000.00 manakala baki selebihnya akan dijelaskan oleh Abang Mus.
Kebahagiaan hidup berumahtangga Zamri tidak berkekalan apabila Hasniah dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya berada di tahap kritikal.