The Synopsis
     
 
The inheritance of her late husband's wealth and fortune by a widowed wife is exploited. Her own sister is the only living relative who automatically becomes the sole beneficiary of everything if the widow is gone. Together with her boyfriend, the sister executes a devious plan in store for Maria.
 
   
The Storyline
     
 
Maria cannot face the reality of her husband's death, Yusof. She refuses to be in contact with the outside world. She does not even entertain Yusof's accountant telephone calls to arrange the transfer all of Yusof's will to her name. The process of transfer has been overdue for 6 months. Jeff is Yusof's best friend.
 
Maria is heavily under prescribed medication. As a result, she keeps having these hallucinations of Yusof during the night and reminding her to ever remain faithful to their love.
 
Her sister, Sarah, is always on the lookout for her welfare, or so it seems. She encourages Maria to emerge from her cocoon and accept Yusof's death so that she can continue with her own life. Sarah's boyfriend, Bob, is a special effects and make-up artiste in the movie industry. Together, they arrange for Maria to meet for dinner with one of Bob's friends.
 
Sarah and Bob have a murderous plot to dispose of Maria. Maria's hallucinations are caused by an overdose of drugs replaced with those in her medicine bottle contents by Sarah.
 
One night, while paying a visit to Maria's with some documents, Jeff sees the exact image of Yusof leaving the house. He decides to trail the imposter and it leads him to an astonishing revelation. What he saw is Bob, the make-up artiste and Sarah in the house but he cannot hear their conversation. Jeff suspects that something is not right and intends to resolve the matter.
 
 
 


   
Sinopsis Drama
     
 
Kekayaan dan harta yang diwarisi daripada arwah suaminya membuatkan hidup seorang balu dieksploitasi. Adik perempuannya, yang juga satu-satunya saudara yang ada secara automatik akan mewarisi segala peninggalannya sekiranya sesuatu berlaku kepada Maria. Berserta dengan kekasihnya, adiknya melaksanakan rancangan yang kejam ke atas Maria.
 
   
Jalan Cerita
     
 
Maria tidak dapat menerima kenyataan di atas kematian Yusof, suaminya dan memencilkan dirinya dari dunia luar. Beliau juga tidak mengendahkan semua panggilan telefon akauntan suaminya, Jeff yang juga sahabat baik Yusof untuk memindahkan wasiat Yusof ke atas namanya. Sedangkan, proses pemindahan wasiat ini telah tertunda selama 6 bulan lamanya.
Akibat pengambilan ubatan yang keterlaluan, Maria sering mengalami halusinasi mengenai Yusof setiap malam yang mengingatkannya agar setia pada percintaan mereka.
Sarah, adiknya, sebagaimana yang dipamerkan amat prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan kakaknya. Beliau memberikan sokongan kepada Maria untuk keluar dari kepompongnya dan menerima hakikat kematian Yusof serta meneruskan hidup ini. Kekasih Sarah, Bob, adalah seorang juru solek artis and pakar dalam teknik khas yang terlibat dalam industri pembikinan filem. Mereka sepakat merancang agar Maria keluar makan malam bersam salah seorang daripada sahabat Bob.
Sarah dan Bob mengatur satu plot pembunuhan untuk menyingkirkan Maria. Halusinasi Maria pula disebabkan oleh pengambilan dadah berlebihan yang kandungan sebenarnya telah ditukar oleh Sarah.
Pada suatu malam, ketika melawat Maria, Jeff ternampak gambaran Yusof meninggalkan rumah itu. Beliau kemudian mengambil keputusan mengikuti jejak penyamar itu yang membawa kepada pembongkaran yang sungguh mengejutkannya. Beliau melihat Sarah dan kekasihnya Bob, di dalam sebuah rumah malangnya beliau tidak dapat mendengar perbualan mereka. Jeff mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan merancang untuk menyelesaikan perkara itu.