| Badrul bahagia dengan perkahwinannya dengan Farah,
seorang usahawan yang membentuk kerjaya suaminya. Pada
suatu malam, seorang lelaki misteri datang ke rumahnya
semasa Badrul keluar untuk menghantar satu set foto. Foto-foto
itu mendedahkan hubungan Badrul dengan seorang wanita
kelab malam. |
|
| Pertengkaran di antara mereka bemula sebaik Badrul
tiba di rumah. Di dalam pergelutan itu secara tidak sengaja,
Mimi anak mereka terjatuh dari tangga dan meninggal dunia.
Kini mereka menjalani hidup mengikut haluan sendiri. Farah
menumpukan perhatian kepada syarikat pembinaannya. Eddy,
seorang daripada pekerjanya yang selalu menemani Farah
ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan telah jatuh
cinta kepadanya. |
|
| Badrul, kini telah dibebaskan dari penjara dan perkara
pertama dilakukan ialah menghubungi Farah. Beliau memohon
maaf di atas segala kejadian yang berlaku juga meminta
agar Farah memberinya satu lagi peluang untuk memulakan
hidup baru. Namun, Farah menganggap Badrul sebagai cebisan
peristiwa hitam yang berlalu. Badrul amat menyayangi Farah
dan tidak sanggup melihatnya di samping lelaki lain. Encik
Salleh, seorang hartawan juga menyintai Farah. Beliau
telah beberapa kali menyelamatkan Farah di kala perniagaannya
menghadapi masalah. Malah, Farah juga sering menerima
pelbagai panggilan misteri serta surat-surat yang tidak
bertandatangan menyatakan perasaan cinta mendalam kepadanya
semenjak perpisahannya dengan Badrul. |
|
| Badrul menyaksikan satu adengan mengejutkan di mana
Eddy menemui seorang pelacur di jalanan. Setelah itu,
Badrul mendapat gambaran jelas kisah di sebalik foto yang
menyebabkan perpisahannya denga Farah dan adakah beliau
mempunyai peluang utnuk kembali kepadanya semula. |
| |