Episod 1 - 14 Okt 2003
Episod 2 - 21 Okt 2003
Episod 3 - 28 Okt 2003
Episod 4 - 4 Nov 2003
Episod 5 - 11 Nov 2003
Episod 6 - 18 Nov 2003
Episod 7 - 25 Nov 2003
Episod 8 - 2 Dis 2003
Episod 9 - 9 Dis 2003
Episod 10 - 16 Dis 2003
Episod 11 - 23 Dis 2003
Episod 12 - 30 Dis 2003
Episod 13 - 6 Jan 2004
Episod 14 - 13 Jan 2004
Episod 15 - 20 Jan 2004
 
 
 
 
 
   
 
Tayangan   di Saluran Perdana TV2
Tarikh   14 Oktober 2003
Jam   9:02 malam
Masa   1 jam
Pelakon   Hetty Sarlene, Julia Hana, Faizal Hussein, Aznah Hamid.
   
Sinopsis Drama
  SEMBILU mengisahkan hubungan persahabatan yang akrab sepasang remaja (Zetty dan Fendi ). Zetty, pelajar tingkatan lima manakala Fendi, pelajar tingkatan enam atas yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Kedua-dua mereka mempunyai rakan sekelas yang rapat iaitu Shima dan Shahrul. Hubungan mesra Zetty dan Fendi bukan lagi menjadi rahsia di kalangan pelajar dan guru-guru sekolah mereka.  
   
  Zetty mempunyai seorang abang ( Azman ) yang menghadapi masalah rumahtangga dengan isterinya ( Maria ). Konflik rumahtangga mereka sering memeningkan ayah dan ibu Zetty. Sikap Maria yang bebas tingkah laku serta mementingkan diri menyebabkan hidup Azman tertekan. Maria sebenarnya membuat hubungan sulit dengan Roy, seorang komposer muda yang suka mengambil kesempatan terhadap perempuan.  
   
  Hubungan Zetty dan Fendi terus berjalan dalam suasana mesra walaupun masing-masing sibuk memberi tumpuan pada pelajaran untuk menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Pada suatu hari Fendi mula menjauhkan diri dari Zetty ekoran dari satu insiden kecil yang menyinggung perasaan.