Episod 1 - 14 Okt 2003
Episod 2 - 21 Okt 2003
Episod 3 - 28 Okt 2003
Episod 4 - 4 Nov 2003
Episod 5 - 11 Nov 2003
Episod 6 - 18 Nov 2003
Episod 7 - 25 Nov 2003
Episod 8 - 2 Dis 2003
Episod 9 - 9 Dis 2003
Episod 10 - 16 Dis 2003
Episod 11 - 23 Dis 2003
Episod 12 - 30 Dis 2003
Episod 13 - 6 Jan 2004
Episod 14 - 13 Jan 2004
Episod 15 - 20 Jan 2004
 
 
 
 
 
   
 
Tayangan   di Saluran Perdana TV2
Tarikh   23 Disember 2003
Jam   9:02 malam
Masa   1 jam
Pelakon   Hetty Sarlene, Julia Hana, Faizal Hussein, Aznah Hamid.
   
Sinopsis Drama
  RAHSIA hubungan Zetty dan Fendi akhirnya terbongkar bila ibunya menjumpai gambar Fendi di bilik Zetty. Ini membuatkan Zetty berada dalam keadaan resah, bimbang perkara itu sampai ke pengetahuan ayah dan abangnya.  
   
  Pertemuan Zetty dan Fendi menjadi semakin sukar. Ibu Zetty (Munah) serba salah untuk memberitahu suaminya , lebih-lebih lagi kepada Azman. Fendi pula dihantui dengan bayang-bayang Azman yang kerap muncul dalam mimpinya.  
   
  Maria masih terus menuntut hartanya dari bekas suaminya, Azman. Konflik perebutan harta semakin serius bila Azman mengambil keputusan mahu membawa kes ini ke mahkamah semula.  
     
  Dalam diam, Roy menjalin hubungan dengan wanita lain. Maria semakin resah dengan perubahan Roy. Dalam satu insiden, Azman telah memukul Roy. Sementara itu hubungan Zetty dan Fendi bertambah sukar apabila gerak geri Zetty sentiasa diawasi. Tiba-tiba tersiar satu rancangan 'interview' di radio yang mengaitkan gosip antara Fendi dan Diana yang membuatkan perasaan Zetty terguris.