Episod 1 - 14 Okt 2003
Episod 2 - 21 Okt 2003
Episod 3 - 28 Okt 2003
Episod 4 - 4 Nov 2003
Episod 5 - 11 Nov 2003
Episod 6 - 18 Nov 2003
Episod 7 - 25 Nov 2003
Episod 8 - 2 Dis 2003
Episod 9 - 9 Dis 2003
Episod 10 - 16 Dis 2003
Episod 11 - 23 Dis 2003
Episod 12 - 30 Dis 2003
Episod 13 - 6 Jan 2004
Episod 14 - 13 Jan 2004
Episod 15 - 20 Jan 2004
 
 
 
 
 
   
 
Tayangan   di Saluran Perdana TV2
Tarikh   20 Januari 2004
Jam   9:02 malam
Masa   1 jam
Pelakon   Hetty Sarlene, Julia Hana, Faizal Hussein, Aznah Hamid.
   
Sinopsis Drama
  FENDI berasa tersinggung dan terhina dengan kata-kata cacian yang dilemparkan oleh Azman. Akibat peristiwa itu, hubungan Fendi dan Zetty semakin retak. Membuatkan kedua mereka hidup terseksa. Zetty sering memencilkan diri dari keluarganya.  
   
  Osman yang pulang dari Jakarta, hairan dengan perubahan sikap Zetty dan dia mendapati semua kerja-kerja Zetty di pejabat terjejas. Azman kemudian memberitahu hal sebenarnya kepada Osman. Osman menyokong tindakan Azman dan Munah.  
   
  Fendi pula yang berasa sunyi dan kecewa telah mula rapat dengan Diana yang masih lagi cuba memikat Fendi. Dari keretakan hubungan Fendi dan Zetty, itu, timbul pula gosip yang disiarkan di akhbar tentang hubungan mesra Fendi dan Diana.  
     
  Zetty kecewa dan merasa malu dengan keluarganya bila kisah gosip Fendi dan Diana disiarkan. Akhirnya Zetty dan Diana berjumpa dan bersemuka untuk mempertahankan hak masing-masing.