|
|
|
Filem ini mengisahkan tentang dua orang bohsia iaitu Amy dan Tasya. Sejarah hitam hidup Amy dan Tasya telah menjadikan mereka wanita yang tiada maruah diri dan rosak akhlak. |
|
| |
| Tasya mencemburui Amy, kerana Amy sering menjadi kegilaan mat-mat rempit. Teman lelaki Amy (Acai) juga bermusuhan dengan Muz (Teman lelaki Tasya) kerana selalu mencabar dan cari pasal apabila kalah dalam perlumbaan motosikal. |
|
|
|
| |
|
|
|
Dalam masa yang sama, Salleh (bapa Amy) meminta wang dari Amy dan telah menimbulkan kekecohan di sebuah warung. Ini memaksa Acai dan mat rempit lain masuk campur. Azam, lelaki yang pernah merosakkan hidup Amy dulu menganggu Amy untuk kembali ke pangkuannya tetapi tidak dipedulikan Amy kerana Azam kini seorang bapa Ayam. |
|
| |
Dalam kekalutan ini timbul pula persengketaan antara Tasya dan Muz kerana Muz menaruh hati pada Aisyah, seorang wanita sofistikated. Tanpa pengetahuan Muz, aisyah adalah adik kepada Azam.
|
|
|
|
| |
|
|
|
Keadaan bertambah tegang apabila Tasya merelakan dirinya dikendurikan oleh Acai dan gengnya, semata-mata ingin membalas dendam pada Muz. Amy akhirnya tewas ditangan Azam dan tanpa disedari, dia telah dirogol oleh pelanggan Azam.
|
|
| |
Adakah serakan warna hitam putih kehidupan kota yang penuh firna ini akan terus bermaharajalele pada jiwa mereka? .
|
|
|
|
| |
|
|
|
Sejauh manakah perbezaan antara ketulusan manusia pada taraf kehidupan palsu yang dibina?
Dimanakah penghujung segala konflik yang bertali arus ini?
SAKSIKAN FILEM BOHSIA…!!! |
|
| |
| |