|
|
|
DIANA tidak perlukan nasihat sebegitu.
DIANA masih tetap dengan janjinya-janjinya. Janji
pada arwah ibunya dan janji pada dirinya. Pun begitu
seandainya ibu masih ada. Janji-janji DIANA sudah
pasti ditentang keras olehnya kerana janji-janji
yang membuta tuli itulah yang telah mendorong DIANA
untuk terarah ke lorong yang tidak bersih buat seorang
gadis sepertinya. |
|
| |
| Melalui onak itu juga dirinya telah
terhumban ke dalam cengkaman lelaki rakus yang bernama
IJOY. Ini menambahkan lagi tekad janji-janji DIANA
yang berterusan untuk nekad berdendam terhadap lelaki.
Seluruh komuniti dirasakan menjadi musuhnya. Ayahnya,
MURAD juga seorang lelaki. |
|
|
|
| |
|
|
|
Bahkan seorang lelaki yang berjaya
dan mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk
mendidik puteri tunggalnya. Membenci lelaki bererti
DIANA juga membenci ayahnya. Mungkin ini kurang
kebenarannya. DIANA tetap menyayangi ayahnya malah
terlalu menyayangi. Cuma mungkin sayangnya itu telah
tercemar dengan kehadiran wanita bernama ANITA yang
telah menghancurkan mahligai harapan. |
|
| |
Musim berubah dengan perginya ibu
tercinta menyahut seruan yang Esa. Janji bertambah
dengan beribu tirikan ANITA. Apakah dengan kehadiran
seorang lagi insan yang bernama 'lelaki' akan merubah
seberkas janji? HAIKAL tampak matang orangnya. HAIKAL
mungkin bisa membahagiakan DIANA tapi itu semua
belum cukup untuk memecah tradisi "JANJI DIANA".
DIANA membesar sebagai seorang wanita berhati batu.
DIANA mahu pastikan gerak tujunya tiada sempadan
dan halangan. HAIKAL bingung dengan gelagat gadis
yang bernama DIANA.
|
|
|
|
| |
|
|
|
Dalam waktu yang sama, HAIKAL juga
bingung dengan kerenah tunangnya SABRINA yang telah
berlaku curang berulang kali sehingga memaksa HAIKAL
memutuskan pertalian mereka.
Apakah pertembungan antara DIANA dan HAIKAL yang
tidak dirancang akan membibitkan situasi yang bakal
memecah gelombang kehidupan DIANA? Berjayakah HAIKAL
membawa DIANA keluar dari dunianya? |
|
| |
Namun kehadiran KAMAL (anggota kumpulan
IJOY) yang telah jatuh hati pada adiknya ZETTY mengheret
HAIKAL lebih jauh untuk menjejaki IJOY yang telah
menodai kesucian ZETTY semata-mata kerana dendam
terhadap DIANA yang tidak membenarkan IJOY menghampirinya.
DIANA mempunyai motif yang kuat untuk membantu HAIKAL.
HAIKAL juga tidak dapat mengelak dan membenarkan
DIANA menebus maruah ZETTY dari tangan musuh utamanya.
|
|
|
|
| |
|
|
|
Apakah insiden-insiden yang tidak
diduga ini telah membawa bibit rnanis kepada DIANA
dan HAIKAL? Mungkin kepada HAIKAL tetapi tidak kepada
DIANA. "JANJI DIANA" tetap digenggam kukuh.
Siapa dan bagaimana seharusnya untuk menjinakkan
seekor kucing yang telah diguris jiwanya? Apakah
masih ada harapan untuk melembutkan kerak nasi yang
telah sebati dengan periuknya? Sampai bilakah ianya
akan berakhir? |
|
| |
Semua persoalan ini akan terjawab
setelah anda menonton "JANJI DIANA", sebuah
filem yang membongkar gejala sosial remaja kota.
Paksi utamanya adalah gelodak jiwa seorang gadis
bernama DIANA yang terperangkap antara dendam, noda
dan dosa antara cinta dan maruah diri "JANJI
DIANA".
|
|
|
|