|
|
|
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam di antara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat ….membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. |
|
| |
| Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.Pasangan ini di awal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. |
|
|
|
| |
|
|
|
Kehadiran seorang perempuan tua misteri….ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…Anna sentiasa mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. |
|
| |
| Bayangan Anna mula mengganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan, setelah diasak pelbagai kejadian aneh. |
|
|
|
| |
|
|
|
Apa yang menghantui Johan dan Aishah sebenarnya?
Apakah kesudahan hidup Johan? Segala-galanya akan terjawab dalam ‘Khurafat’. |
|
| |
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung.
|
|
|
|
| |
|
|
Akhirnya apakah kesudahan Khurafat?
SAKSIKAN FILEM KHURAFAT…!!! |
|