Pelakon
     
 
   
Klasifikasi
:
PG 13
Genre
:

Aksi

Pengarah
:
Syamsul Yusof
Cerita / Skrip
:
Syamsul Yusof / Rizal Ashreff
Pengarah Fotografi
:
Azami Alias / Omar Ismail
Penyunting
:
Hisyam Jupri / Syamsul Yusof
Terbitan Oleh
:
Skop Productions
     
Para Pelakon:    
     
Aaron Aziz ...    Malek
Adi Putra ...    Jai
Redzuan Hashim ...    King
Syamsul Yusof ...    Shark
Shoffi Jikan ...    Ajib
Zizan RL ...    Fadil
Adam Corrie ...    Dragon
Ku Faridah ...    Ibu (Malek, Jai, Zati)
Sheera Iskandar ...    Zati
Anna Halim ...    Erin
 
   
Sinopsis Filem
     
 
  Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak didalam dunia gangster. Seorang bernama Jai dan seorang bernama Malek. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh ahli kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark yang merupakan anak tiri kepada King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.
 
Bagi Malek setelah dibebaskan, beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap dan ingin menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua, tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar untuk dia menjalani kehidupan seperti biasa.  
 
  Beliau sering di ganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehinggalah King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan yang baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak mengganggu kawasan Malek dan ini amat tidak di senangi anak tirinya Shark yang ingin menjadi Raja di KL ini.
 
Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dunia gangster. Bagi Jai, kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan.  
 
 

Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk meralisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang, tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa amat tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tapi sentiasa di patahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

 

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak-beranak ini semakin dingin. Kerana tamakkan kuasa, Shark mula berdendam dengan ayahnya serta Malek. Bagi Shark, Malek lah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.


 
 
 

Di sinilah bermulanya konflik di antara saudara dan kesetiaan, keluarga dan kumpulan , juga nyawa atau harga diri...

Di manakah penghujung pertempuran mereka??..Segala-galanya akan terjawab dalam...KL GANGSTER

 
   
Di Sebalik Tabir ...
       
 
 
     
 
     
 
 
   
   
The Preview