|
|
|
Kisah bersambung dari Mr Cinderella
di mana Hakimi, setelah ditunangkan dengan Puteri
Megawati, telah diangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) untuk menerajui MEGAPURI BERHAD, mengambil
kesempatan tersebut untuk membuktikan kemampuannya
yang tersendiri tanpa bersandar pada Puteri. |
|
| |
| Apabila diketemukan dengan Datuk Johan
dan anak gadisnya Anis, yang juga Presiden AGRO
PRODUCTS yang berpengkalan di New Zealand, Hakimi
menggunakan peluang tersebut untuk menjalinkan satu
kerjasama pintar antara mereka tanpa menyedari agenda
tersembunyi Anis yang sebenar adalah untuk mendekati
diri Hakimi yang sudah terpahat dihatinya. |
|
 |
|
| |
| Sikap Hakimi yang sambil lewa terhadap
sesuatu perkara, banyak mengecewakan |
 |
|
Puteri. Apabila Hakimi
"main-main" meletakkan jawatannya, perbuatan
tersebut telah mengundang ketidakselesaan Puteri
yang mengacah untuk memutuskan tali pertunangan
antara mereka tanpa menyedari Sultan sendiri telah
melaksanakannya apabila mendapat tahu kononnya,
Hakimi adalah seorang lelaki homoseks yang menjalin
hubungan sejenis bersama Kumin. |
|
| |
| Hakimi yang mendapat berita tersebut
semasa berada di New Zealand, amat kecewa kerana
menyangka Puteri yang telah memutuskan pertunangan
mereka dan juga menggugurkan segala jawatannya di
MEGAPURI BHD, lalu mendekati Anis yang menawarkan
jawatan "Director Of Operations" padanya
di AGRO PRODUCTS. |
|
 |
|
| |
 |
|
Apabila Puteri menyusuri
untuk memujuk Hakimi yang enggan menemuinya di New
Zealand, Shamsul telah mengambil kesempatan tersebut
untuk mendekati Puteri yang telah putus harapan,
lalu menawarkan jawatan CEO MEGAPURI BHD kepada
Shamsul, di mana perletakan jawatannya di AGRO PRODUCTS
telah mengejutkan Datuk |
| Johan mengakibatkan beliau meninggal
dunia. |
|
| |
| Anis yang terkejut mendapat berita
tersebut dan bergegas untuk pulang ke Malaysia telah
terserempak dengan Puteri yang juga menaiki pesawat
yang sama, |
| dan tercetus perasaan
"mesra dalam curiga" antara mereka. Dalam
masa yang sama, Hakimi yang menyesal di atas layanan
kepada Puteri, telah melepaskan jawatannya di New
Zealand dan menjejaki semula Puteri di Malaysia
tetapi dikejutkan dengan berita kehilangan Anis
yang tidak sempat menghadiri upacara pengkebumian
|
|
 |
| jenazah arwah bapanya, seterusnya
mencurigai Puteri. |
|
| |
 |
|
Terjebak dalam konflik antara simpati
pada Anis dan kasih pada Puteri yang dicurigai berada
di sebalik tabir penculikan Anis yang cedera parah
apabila diselamatkannya semasa hampir dibunuh penculik,
Hakimi terpaksa membuat lapuran polis terhadap Puteri
yang terkejut dengan tindakannya itu. |
|
| |
| Apa yang terjadi pada Anis yang bertarung nyawa di bilik
ICU, Puteri yang dituduh cuba membunuh Anis, dan Hakimi
yang terperangkap dalam dilemma simpati dan kasih. |
| |
| SAKSIKANLAH ADENGAN SETERUSNYA YANG AGAK MERUNTUN JIWA,
YANG SEBELUMNYA DIHIASI DENGAN SITUASI HUMOR DAN ROMANTIK
DALAM FILEM BLOCKBUSTER 'MR. CINDERELLA 2', 30 PERATUS
PENGGAMBARANNYA DIRAKAMKAN DI NEW ZEALAND
|
| |