Pelakon
     
 
 
Klasifikasi
:
U
Genre
:
Romantik
General Release
:
1994
Masa
:
2 jam ['box office' - RM4.2 juta]
Dikeluarkan oleh : Skop Production Sdn Bhd
Pengarah
:
Datuk Yusof Haslam
     
Para Pelakon :    
Erra Fazira   ... Wati
Awie   ... Awie
Ziana Zain   ... Ziana
Khairil Anwar   ... Joe (Pengurus Ziana)
Mustapha Kamal   ... Azman
Aida Rahim   ... Maria
 
   
Sinopsis Filem
     
 
  Wati seorang penuntut universiti jelita. Dia menjalinkan hubungan cinta dengan Awie, penyanyi rock pujaan ramai. Hubungan cinta pasangan kekasih ini yang terjalin sejak di sekolah menengah diketahui juga oleh keluarga Wati. Pada peringkat awal mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif kecuali Azman, abang Wati yang cukup anti pada orang seni lebih lebih lagi penyanyi.
 
Sebenarnya Azman duda yang menpunyai masalah hidupnya sendiri. Maria isterinya lari meningalkannya gara gara memburu cinta dengan seorang penyanti terkenal.... jiwanya lebih tertekan bila Maria terbunuh dalam satu trajedi berdarah. Bila Azman mengetahui hubungan cinta adiknya ternyata dia tidak menerima hakikat ini, bermula dari sinilah wujud konflik besar antara hubungan Wati dan Awie hingga pada satu peringkat perhubungan mereka hampir putus disebabkan gara gara Azman.  
 
  Dalam masa yang sama muncul Ziana, seorang penyanyi kelab malam. Ziana mula merapati Awie, kehadiran Ziana pada awalnya tidak memberi sebarang kesan, hubungan Wati dan Awie terus berjalan secara sulit walaupun dalam keadaan sukar. Awie mencipta dan menyanyikan sebuah lagu khas iaitu Di Ambang Wati sebagai tanda keteguhan cintanya pada Wati. Keadaan terus bergolak bila Azman terus menghalang hubungan mereka. Pelbagai taktik kotor dibuat hingga pada satu peringkat hubungan Awie dan Wati terputus.
 
Awie merasa kecewa dan terhina manakala Ziana terus mengoda Awie untuk menagih cinta darinya, akhirnya Awie tewas lantaran keadaan. Dia tenggelam dan hanyut dalam kelembutan Ziana. Wati yang mengetahui hal ini merasakan dirinya dipermainkan. Dia mengambil keputusan nekad memutuskan hubungan dengan Awie.  
 
  Hubungan Ziana dengan Awie sebenarnya tidak sampai kemana kerana ternyata Awie tidak mampu melupakan Wati. Bayangan Wati sentiasa muncul dalam hidupnya, Awie benar benar terperangkap antara cintanya pada Wati dan simpatinya pada Ziana, keadaan menjadi lebih kalut bila bilik penginapan Awie terbakar.
 
 
   
Di Sebalik Tabir ...