MAJLIS PELANCARAN FILEM
 
 
, filem ke 13 dari Datuk Yusof Haslam telah selamat dilancarkan pada 8hb Mac 2004
bertempat di Saloma Bistro. Pelancaran ini disempurnakan oleh YBhg. Dato'
Kamaruddin Hj. Mohd. Ali, Pengarah Perjawatan dan Pentadbiran Polis Diraja Malaysia mewakili YBG. Dato' Bakri Md. Saad, Ketua Polis Negara. Turut hadir ialah Naib Presiden Pemasaran PERMANIS.
 
Majlis ini juga menyaksikan satu lagi komitmen padu dan usaha yang serius di antara SKOP Productions dan Polis Diraja Malaysia. Datuk Yusof Haslam di dalam ucapannya merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas bantuan, sokongan pihak polis di sepanjang arahan drama-drama dan filem-filem bercorak kepolisian. Ini terbukti apabila semua filem dan drama bercorak aksi ini berjaya bertahan selama 20 tahun ini.
 
Penghargaan yang tidak terhingga juga diberikan kepada saudara A. Galak dan Yusof Kelana yang telah banyak menyumbang tenaga untuk filem SKOP. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada para wartawan, penaja-penaja terutamanya PERMANIS kerana menaja separuh daripada kos promosi filem
. SKOP juga akan mengadakan promosi secara
besar-besaran untuk memberikan impak kepada penonton.
 
Kemunculan syarikat-syarikat filem baru menurut pula, merupakan satu perkembangan yang sihat kepada industri filem tempatan dan kerjasama yang erat perlu bagi kemajuan filem Melayu.
 
Dato' Kamaruddin pula dalam ucapannya berbangga dan berterima kasih kepada SKOP yang tidak jemu-jemu menerbitkan filem bercorak kepolisian secara total. Ini jelas dari komitmen SKOP dalam menerbitkan drama kepolisian seperti Remang-Remang Kotaraya, Roda-Roda Kuala Lumpur dan terkini Gerak Khas yang mempunyai rating tinggi.
 
Sambutan yang begitu baik ini adalah kerana hasil kerja bersungguh-sungguh SKOP dalam mengetengahkan kehidupan anggota polis melalui olahan dan persembahan bentuk visual yang baik. Menurut beliau lagi, PDRM akan terus memberi sokongan dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kepercayaan daripada orang ramai. Beliau juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas usaha ini. Seluruh warga PDRM mendoakan kejayaan kelak, insyallah.
 
Majlis ini juga turut dihadiri oleh para wartawan media, para pelakon , artis-artis, dan pegawai-pegawai polis. membariskan gandingan pelakon tetap Gerak Khas bersam-sama dengan bintang-bintang baru seperti Sarimah Ibrahim dan Misha Omar.
 
 
Nantikan kehadiran , sebuah filem hebat yang pastinya menjanjikan kepuasan untuk anda!
 
Para pelakon yang hadir