MAJLIS PELANCARAN DAN PRATONTON FILEM
 
 
Pada 23hb Oktober 2003, satu majlis pratonton (MRC 2) telah diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley Megamall. Majlis pratonton filem produksi bersama Syarikat Kuasatek Pictures Sdn Bhd dan Skop Productions Sdn Bhd ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
 
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran jemputan khas yang terdiri daripada Dato' Asmah, Timbalan Ketua S/Usaha Kementerian Penerangan dan Ketua Pengarah Finas Y.Bhg. Dato' Mohd. Sharif Ahmad.
 
Dalam ucapannya, Y.Bhg. Dato' Mohd. Sharif Ahmad turut menekankan kepentingan promosi filem Melayu kepada khalayak. Pihak media diminta memberi sokongan untuk meningkatkan kerjasama ke arah mempromosi filem Melayu ini. Finas yang menawarkan Skim Kemudahan Produksi kepada karyawan filem tempatan, turut melabur sebanyak RM500,000.00 untuk . Ini dilihat sebagai satu usaha ke arah merancakkan filem tempatan.
 
yang merupakan sinambungan daripada MRC 1 ini menjalani penggambaran selama 7-8 bulan. juga memaparkan pemandangan indah di bumi New Zealand sebagai menambah variety lokasi. En. Mohd Noor Kadir amat berharap agar filem ini kelak mampu berdiri sendiri dalam persaingan dengan filem-filem Melayu lain
 
Penerbit bersekutu, YBhg. Dato' Yusof Haslam pula merakamkan ucapan terima kasih kepada para wartawan yang telah memberikan liputan yang baik di sepanjang tempoh penggambaran filem ini dan para artis yang telah memberikan komitmen tinggi. Beliau berharap budaya hormat-menghormati dapat diwujudkan di kalangan karyawan dan artis demi kejayaan dunia filem Melayu.
 
Apa yang pasti, majlis ini mendapat sokongan padu daripada para penerbit, pengarah, para pelakon MRC 2, rakan artis dan para wartawan . Antaranya ialah Aziz M. Osman, Suhaimi Baba, Yusof Kelana, Ahmad Idham, seniwati Rosnani Jamil dan suami, Maya Karin, Erra Fazira, Umi Aida, Jalaluddin Hassan, Azhar Sulaiman, Puan Haizam (BH) dan ramai lagi.
 
Saksikanlah beramai-ramai, dipawagam berdekatan anda Hari Raya ini!
 
- Para pelakon yang hadir
 
Para Penerbit dan Pengarah yang hadir