| |
|
|
Pada
30hb Oktober, 2004, bertempat di Golden Screen Cinema
Mid Valley Mega Mall , satu majlis pratonton filem
telah diadakan. Filem
merupakan filem usahasama di antara SKOP Productions Sdn
Bhd dan M.E. Communications Sdn Bhd dan merupakan filem
usahasama yang kedua selepas Tragedi Oktober yang diterbitkan
pada tahun 1996. |
| |
|
|
Majlis yang bermula
pada pukul 4.00 petang ini turut dihadiri oleh para
penerbit, pengarah, karyawan dan juga pelakon-pelakon
tempatan lain. Krew-krew media, para wartawan tempatan
turut hadir membuat liputan dan memberi sokongan
padu di majlis ini. Majlis ini lebih bermakna dengan
kehadiran Seniman Dato' Jins Shamsuddin.
Majlis yang dimulai oleh bacaan doa itu dirasmikan
oleh Puan Hajjah Rahani Jamil, Ketua Pengarah
Arkib Negara yang baru. |
|
| |
| Bersempena dengan bulan
Ramadhan yang mulia ini, satu upacara meraikan anak-anak
yatim turut diadakan dengan penyampaian sumbangan
oleh Y.Bhg. Datin Hajjah Fatimah Ismail kepada anak-anak
yatim Kelab Darul Falaq. Ini diikuti dengan
majlis berbuka puasa oleh semua tetamu yang hadir. |
|
|
| |
|
|
sebuah filem bercorak komedi mengisahkan tentang
3 penyiasat persendirian (Private Investigator)
yang dikenali sebagai .
Dalam menjalankan tugas, mereka terpaksa menghadapi
berbagai dugaan dan insiden-insiden ngeri dan melucukan.
Cerita asal dan skrip telah ditulis oleh Dilla Hussein
dan Yusof Kelana. |
|
| |
Kos keseluruhan pembikinan
filem
adalah 1.1 juta termasuk kos produksi. Filem ini
diarahkan oleh saudara Yusof Kelana. Antara barisan
pelakon yang hadir adalah Saiful Apek, Faizal Hussein,
Sarimah Ibrahim, Juliana Banos, Zul Yahya, Syanie,
Sheila Rusly, dan Osman Kering. |
|
|
| |
|
|
Filem
hebat hasil pengarahan saudara Yusof Kelana ini
amat menghiburkan dengan rentak komedi yang begitu
bersahaja. Mutu pengarahan yang tinggi serta penceritaan
yang berkisar dari kehidupan dan tugasan spy amat
meyakinkan. Sepanjang sesi pratonton ,
membuatkan penonton tidak kering gusi dengan adengan-adengan
pelakonnya. Ini merupakan satu alarm positif bahawa
filem
|
|
| bakal
meraih kutipan tinggi walaupun terpaksa bersaing dengan
5 filem lain pada Hari Raya nanti. |
| |
Nantikan
!!! FILEM KOMEDI TERHEBAT yang akan ditayangkan
mulai 25hb November 2003 di 35 pawagam di seluruh tanahair
sempena Hari Raya Aidilfitri 2003. |
| |
Para
pelakon
yang hadir |
|
|
| |
|
|
| |
Sekitar
majlis pratonton
dan majlis berbuka puasa |
|
|
| |
|
|
| |
| |
| |
|
|