| |
Pada 4hb Mac 2010,jam 8 malam telah berlangsungnya majlis pratonton filem Evolusi KL Drift 2 yang diadakan di Cathay Cineplex, e@Curve Damansara.
Pengarah Muda SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD yang berkaliber dan berbakat besar iaitu Syamsul Yusof telah pun menghasilkan buah tangan baru yang cukup hebat, menarik dan yang pastinya memukau penonton. Filem Evolusi KL Drift 2 ini juga mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance (GB) Sdn Bhd. yang diterajui oleh En. Ahmad Puad Onah.
Majlis yang bermula pada jam 8 malam sehingga jam 12 malam ini di acarakan oleh Muhamad Fedtri Yahya dari TV3, dan majlis dimeriahkan dengan tetamu kehormat seperti, YBhg. Senator Datuk Jins Shamsuddin, YBhg.Datuk Yusoff Haslam dan Isteri, En. Ahmad Puad Onah, Pengarah Urusan Toyo Tires (Penaja Utama), dan Datuk Dr.Rozmi. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para penerbit dan pengarah seperti Shuhaimi Baba, Aimi Jarr, dan Raja Azmi, tidak ketinggalan juga orang yang sangat penting untuk menjayakan dan memberi komen terhadap pratonton filem ini ialah para wartawan TV dan media cetak. |
 |
Artis yang tidak terlibat juga turut turun padang untuk menyaksikan, memberi sokongan dan pandangan positif terhadap Filem Evolusi KL Drift 2 ini.
Tepat pada jam 9.00 malam kesemua tetamu kehormat, para pelakon, dan wartawan di minta masuk ke dalam panggung. Sebelum tayangan filem dimulakan, terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan daripada YBhg. Datuk Yusoff Haslam selaku penerbit bersekutu SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD, En. Ahmad Puad Onah Selaku penerbit Grand Brilliance (GB) dan pelakon dan juga pengarah Evolusi KL Drift 2 Syamsul Yusoff, dan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa. Tayangan dimulakan pada jam 9.30malam dan berakhir pada jam 10.45malam.
 |
Evolusi KL Drift 2 yang merupakan kesinambungan daripada Evolusi KL Drift 1 ini menjalani pengambaran selama 38 hari di sekitar Kuala Lumpur, Port Klang dan Putrajaya, dan para pelakon terdiri daripada Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Scha Al-Yahya, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan Remy Ishak. |
Lakonan Syamsul Yusoff yang mantap dan bak drifter profesional yang sanggup mengambil risiko untuk menjayakan filem ini akan menaikkan lagi nama beliau sebagai seorang pelakon dan pengarah yang tersohor. Filem ini menampilkan sedikit perubahan dengan menampilkan Scha Al-Yahya sebagai heroin dan Ini adalah filem aksi pertama Scha Al-Yahya dan juga memberikan lakonan yang hebat setanding dengan heroin filem yang terkenal. Kesemua pelakon-pelakon di dalam filem ini sangat hebat dan berjaya memukau penonton.
Menurut YBhg. Datuk Yusoff Haslam filem ini telah menelan belanja sebanyak 2.5 juta dan akan ditayangkan di 75 buah pawagam seluruh Malaysia Ternyata apabila tamat sahaja tayangan filem ini, kesemua wartawan memberikan komen yang positif dan amat memberangsangkan pada sidang media yang diadakan di Platinum Launge e@Curve Damansara. Walaupun kesemua tetamu yang hadir memberikan komen yang sangat memberangsangkan dan sangat positif namun Datuk yusoff Haslam dan Syamsul Yusoff masih lagi tidak berpuas hati, malah akan menghasilkan karya yang lebih baik lagi. |
 |
|
Penerbit bersekutu, YBhg. Dato' Yusof Haslam dan Pengarah muda Syamsul Yusoff merakamkan ucapan terima kasih kepada para wartawan yang telah memberikan liputan yang baik di sepanjang tempoh penggambaran filem ini dan kepada Pihak polis juga yang banyak memberikan kerjasama sewaktu pengambaran dan para artis yang telah memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan filem Evolusi KL Drift 2 ini.
Kepada para penonton di luar sana jangan lupa saksikan EVOLUSI KL DRIFT 2 yang mendebarkan dan penuh dengan aksi ini, dipawagam berdekatan anda pada
25 Mac 2010.
sama-sama kita nantikan…!!! |
|