MAJLIS PRATONTON AKU BUKAN TOMBOY
 
 

Pada 31 Oktober 2011, jam 8.00 malam telah berlangsungnya majlis pratonton filem Aku Bukan Tomboy yang telah diadakan di GSC Mid Valley Mega Mall. Pengarah muda Skop Productions, Syamsul Yusof yang telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM12juta melalui filem arahanya yang ke - 5 iaitu "KL Gangster" yang bergenrekan "aksi", kini telah menghasilkan sebuah lagi filem yang berlainan genre iaitu bergenrekan "romantik komedi" yang bertajuk "Aku Bukan Tomboy".

   

Aku Bukan Tomboy merupakan filem ke -6 arahan Syamsul Yusof dan filem ke - 28 terbitan Skop Productions. Penggambaran filem ini telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kos pembikinan Termasuk promosi filem Aku Bukan Tomboy ini dianggarkan sebanyak RM1.6juta. Antara para pelakon yang menjayakan filem ini adalah Scha Al Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar, Salina Saibi, AR Badul, Didie Alias, Harun Salim Bachik, Eira Syazira, Zalfi dan Zarina AF.

Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya. Filem Aku Bukan Tomboy ini mengisahkan si gadis tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Disebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi diantara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

       

Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof merakamkan setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada para wartawan dan media yang telah membuat liputan yang baik di sepanjang tempoh penggambaran filem ini. Kepada para penonton di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem romantik komedi yang bakal ditayangkan di pawagam berdekantan anda mulai 17 November 2011.

Sama-sama kita nantikan!!!!